Oleh Herman Hamid
MACHANG 22 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon segera memberi penjelasan berhubung kenyataan Naib Ketua Pemuda parti itu, S. Paranjothy yang mendakwa UMNO adalah salah satu punca mengapa kaum India terpinggir.
Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, sekiranya penjelasan tersebut gagal diberi atau tidak memuaskan, tidak mustahil hubungan Pemuda UMNO serta Barisan Nasional (BN) dengan Parti Gerakan akan putus.
“Buat masa ini kita tidak mengeluarkan sebarang pendirian berbentuk mengutuk dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat penjelasan Gerakan kerana bagi BN, apabila timbul isu dari kalangan parti komponen, kita perlu dengar penjelasan.
“Namun ini bukan bermakna Pemuda UMNO beralah. Sekiranya penjelasan tidak memuaskan, kita sanggup putuskan hubungan. Hal ini bukan main-main,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Korban Perdana anjuran pergerakan tersebut di sini hari ini.
[More at http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm]
Latest
Saturday, December 22, 2007
Kata dua Hishammuddin kepada Gerakan - Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment