Latest

Tuesday, March 18, 2008

Khairy Tidak Akan Terima Jawatan Menteri Selagi Abdullah PM - Bernama

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak akan menerima sebarang jawatan menteri selagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau berkata beliau telah memaklumkan perkara itu kepada bapa mentuanya, sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu, dan Abdullah telah menerima pendiriannya itu.

"Ia tidak adil bagi PM. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu mengganggu beliau. Saya cuma seorang anggota Parlimen biasa dan mahu memberi tumpuan terhadap tugas saya.

Ada orang lain yang berada di sana untuk membantu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Pemuda dan Ketua-ketua Pemuda Umno Negeri hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Ibu pejabat parti di sini. Khairy berkata demikian bagi mengulas dakwaan bahawa beliau banyak mempengaruhi keputusan Perdana Menteri dalam dasar kerajaan, serta pertanyaan pemberita kenapa beliau tidak disenaraikan dalam barisan Kabinet yang baru diumumkan Abdullah di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata tumpuannya pada masa ini adalah untuk menjalankan tugasnya sebagai anggota Parlimen di Dewan Rakyat bagi menghadapi pihak pembangkang.

[More at http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=321380]

No comments: