Latest

Saturday, March 15, 2008

UMNO cabar Guan Eng tarik balik kenyataan hapus DEB - Utusan

Oleh: Suwarni Mokhtar

BUTTERWORTH 15 Mac – UMNO Pulau Pinang hari ini mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya membentangkan secara terbuka perancangan untuk membangunkan orang Melayu dan rakyat termiskin di negeri ini.

Kerajaan negeri baru pimpinan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga didesak supaya menarik balik kenyataan berhubung penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, kenyataan Guan Eng mengenai tindakan membebaskan pentadbiran negeri daripada DEB menyinggung perasaan orang Melayu di negeri ini dan di Malaysia.

‘‘Memang wajar orang Melayu berasa marah terhadap kenyataan itu kerana jika DEB dihapuskan, orang Melayu akan menerima kesannya dan nasib mereka tidak akan dibela oleh kerajaan negeri itu,’’ katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan tertutup antara 11 wakil rakyat UMNO yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini.

Azhar berkata, setelah melihat kebangkitan orang Melayu memprotes kenyataan itu, Guan Eng kini tidak lagi menyebut tentang DEB sebaliknya cuba mengubah topik dengan menyatakan kerajaan negeri mahu mengadakan tender terbuka terhadap projek dan perolehan kerajaan serta memerangi rasuah.

[More at http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka%5FHadapan&pg=mh_05.htm]

No comments: