PETALING JAYA 1 April — Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau sedia bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini sekiranya mendapat sokongan akar umbi. Bagaimanapun, Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno, berkata beliau tidak akan bertanding jika ketua pergerakan itu Datuk Seri Hishammuddin Hussein memutuskan untuk kekal memegang jawatan itu.
“Saya belum buat keputusan. Saya kena tunggu dahulu bos saya, Datuk Hisham, untuk menyatakan jawatan apa yang beliau akan bertanding,” katanya kepada pemberita pada Forum “Umno Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12: Satu Penilaian” anjuran portal internet MYKMU.Net di Hotel Singgahsana di sini hari ini.
Beliau mengulas sokongan mereka yang menghadiri forum itu yang mahukannya bertanding jawatan Ketua Pemuda yang dipegang Hishammuddin sejak 2000. Sebelum ini, bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo juga menyuarakan hasrat untuk merebut jawatan itu.
Forum yang dihadiri lebih 1,200 peserta itu turut menyaksikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucap utama. Forum yang dikendalikan moderator Datuk Ahmad A.Talib itu juga menampilkan Ketua Penerangan Umno Johor Dr Puad Zarkashi, selain Mukhriz dan Mohamad Khir, sebagai ahli panel.
Mohamad Khir pula ketika ditanya sama ada beliau akan memberi laluan kepada Mukhriz, berkata, perkara itu tidak menjadi masalah asalkan Mukhriz mendapat 20 peratus pencalonan daripada Bahagian Umno seperti ditetapkan perlembagaan parti.
“Kita akan bincang dan tengok macam mana,” kata Mohamad Khir, satu-satunya pemimpin Umno yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Umno negeri ekoran kekalahan BN dalam pilihan raya umum lalu menyaksikan lima negeri termasuk Selangor jatuh ke tangan pembangkang.
[More at http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm]
Latest
Tuesday, April 1, 2008
Mukhriz sedia tanding Ketua Pemuda - Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment