Latest

Friday, April 25, 2008

Tiada Ahli Parlimen Sabah sertai pembangkang – Musa - Utusan

KOTA KINABALU 25 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta tidak lagi memutar belit fakta mengenai kedudukan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) negeri ini yang kononnya telah menyokong pakatan pembangkang.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, tindakan itu bukan sahaja mengelirukan rakyat malah menjejaskan tumpuan kerajaan negeri dalam usaha membawa lebih banyak pembangunan ke negeri ini.

Beliau berkata, PKR sengaja menyebarkan khabar angin negatif itu kerana mereka tidak mempunyai gerak kerja untuk membela nasib rakyat selepas gagal menguasai Parlimen pada pilihan raya lalu.

[From http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0425&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm]

No comments: