Latest

Monday, May 19, 2008

Jaminan kerajaan pertahan Raja - Utusan

KAHERAH 19 Mei – Kerajaan memberi jaminan akan terus mempertahankan kedudukan Raja-Raja, orang Melayu, agama Islam dan bahasa Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tiada sesiapa termasuk pemimpin politik berhak mempermain-mainkan keistimewaan itu.

Sambil menyifatkan keempat-empat perkara itu sebagai `sendi' dan `tiang seri' kepada Malaysia, beliau berkata, peruntukan seperti itu tidak seharusnya dipersoal atau dipolitikkan.

Beliau menarik perhatian ini kerana ada kecenderungan akhir-akhir ini di kalangan sesetengah pihak mempersoalkan perkara yang sepatutnya tidak boleh dan tidak patut dipertikaikan oleh sesiapa sekalipun.

``Janganlah sesiapa cuba mempermainkan perkara seperti ini kerana ia boleh mencetuskan sesuatu yang tidak diingini dalam negara kita.

``Kerajaan yang ada hari ini akan tetap mempertahankan peruntukan yang sudahpun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia," katanya.

[More at http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm]

No comments: