Latest

Saturday, March 22, 2008

Hasrat Tengku Razaleigh keruhkan keadaan - Mohd Ali - Utusan

MELAKA 22 Mac - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan hasrat Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang, sebagai tidak wajar.

Beliau berkata, hasrat Tengku Razaleigh itu jika diteruskan juga dikhuatiri mengeruhkan suasana keharmonian parti tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, semua pemimpin dan ahli UMNO perlu bersatu padu dan menyokong pucuk pimpinan demi menguatkan jentera UMNO dalam menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa depan.

``Sepatutnya masa sekarang, kita berusaha meningkatkan perpaduan dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan agar sokongan terhadap parti ini dapat dipulihkan,'' katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Tengku Razaleigh untuk bertanding bagi jawatan Presiden UMNO pada persidangan agung parti akan datang.

Tengku Razaleigh menyatakan secara terbuka mahu bertanding bagi `merawat’ parti itu ekoran prestasi buruk UMNO dalam Pilihan Raya umum Ke-12.

[More at http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm]

No comments: