Latest

Wednesday, March 12, 2008

Orang Melayu Undi DAP Tidak Ada Semangat Kebangsaan, Kata Aziz Tapa - Bernama

Oleh Mohamad Bakri Darus

MELAKA, 12 Mac (Bernama) -- Generasi baru Melayu yang mengundi pembangkang terutama DAP pada pilihan raya umum Sabtu lepas tidak mempunyai semangat kebangsaan; fikiran mereka bercelaru; dan hanya terikut-ikut mahukan perubahan, kata veteran Umno Tan Sri Abdul Aziz Tapa hari ini.

Beliau berkata jika mempunyai semangat kebangsaan golongan ini tentu mengundi Barisan Nasional (BN) kerana parti tulang belakang BN ialah Umno, yang memperjuangkan nasib Melayu.

"Saya kata orang Melayu kurang berfikir, suka ikut emosi kerana pepatah Melayu ada menyebut 'bumi kelikir, langit temberang, tak baik-baik fikir jadi hamba orang', inilah kesannya," kata Aziz dalam temubual dengan Bernama di rumahnya di Jasin dekat sini.

Tokoh budayawan dan sejarawan berusia 84 tahun itu berkata, generasi muda ini mahukan perubahan saja tetapi mereka tidak tahu perubahan itu boleh merosakkan masa depan mereka.

"Falsafah orang Belanda: manusia sentiasa berkehendakkan yang baru tetapi kadang kala dia terlupa yang baru itu merosakkan dia," katanya.

Pejuang kemerdekaan itu berkata mereka tidak tahu betapa susahnya orang Melayu dahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah Inggeris tetapi mereka yang hidup senang lenang pada hari ini, cuba membiarkan hak-hak istimewa orang Melayu terhakis.

[More at http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=320195]

No comments: