Latest

Wednesday, April 30, 2008

Siaran langsung Parlimen dikaji - Menteri Penerangan - Utusan

KUALA LUMPUR 30 April — Kementerian Penerangan mungkin mengkaji semula siaran langsung persidangan Dewan Rakyat berikutan sesi soal jawab lisan hari ini yang sering terganggu apabila beberapa Anggota Parlimen sentiasa mempersoalkan peraturan mesyuarat.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata siaran langsung selama setengah jam menerusi saluran RTM1 itu adalah percubaan sahaja dan beliau akan mendapatkan maklumat balas daripada semua pihak termasuk orang ramai sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya akan bincang sama ada kita masih memberi peluang kepada Anggota Parlimen untuk menggunakan sebaik-baiknya Parlimen dan siaran langsung yang diberikan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas demikian setelah beberapa anggota pembangkang sering mempersoalkan peraturan mesyuarat menyebabkan sesi soal jawab lisan selama satu setengah jam hanya sempat mendengar tiga soalan berbanding 12 hingga 15 soalan pada kebiasaannya. aAhmad Shabery berkata kementerian tidak akan menambah masa siaran langsung persidangan Dewan Rakyat.

“Saya sedar di negara-negara lain yang mengadakan siaran langsung secara penuh terutama sekali dalam negara dunia ketiga, inilah masalahnya. Anggota Parlimen tidak menumpukan perbincangan pada perkara yang penting kepada rakyat dan negara.

“Masing-masing hanya ingin menunjukkan kepentingan diri mereka, tentang peribadi mereka dan untuk tunjuk orang di luar sana tentang diri mereka, bukan negara,” katanya.

[More at http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm]

No comments: