KUALA LUMPUR 6 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dibidas pelbagai pihak ekoran tindakannya mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury hari ini turut dikritik oleh ahli-ahli Parlimen kerana mempersoalkan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pula.
Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menimbulkan persoalan tentang siapa yang menyediakan titah ucapan diraja dan adakah ia ‘titah kerajaan’ pada perasmian persidangan Parlimen Ke-12 dilihat sebagai perbuatan yang menghina institusi raja.
‘‘Tuanku merupakan Ketua Negara dan rakyat kena akur dan taat kepada Seri Paduka. Memang Tuanku bertindak atas nasihat Perdana Menteri tetapi tidak perlulah bertanya titah ini titah siapa...titah kerajaan atau titah menterikah.
‘‘Apabila perkara itu dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong maka ia adalah titah Seri Paduka,” kata Razali Ibrahim (BN-Muar) ketika membahaskan usul terima kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Pada hari pertama persidangan Rabu lepas, Karpal berkeras ingin tahu siapa yang bertanggungjawab menyediakan teks titah Seri Paduka.
‘‘Terlalu banyak soal berkaitan sultan ini, negara ini ditubuh, sebab wujudnya Kesultanan Raja-Raja Melayu. Ini bukan soal perkauman tetapi kedaulatan. Bukit Gelugor semasa (Parlimen) rasmi dulu juga bangkit soalan yang sama,” kata Razali.
[More at http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka%5FHadapan&pg=mh_05.htm]
Latest
Tuesday, May 6, 2008
Isu Karpal pertikai hak sultan - Persoal titah Agong pula - Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment