KUALA LUMPUR 6 Mei - Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang secara berterusan mempersoalkan hak dan kuasa Raja-Raja Melayu melanggar ketertiban pembentukan negara ini yang diamal dan dipertahankan sejak sekian lama.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia adalah negara raja berperlembagaan yang perlu dihormati oleh semua.
“Raja-Raja Melayu ialah lambang Ketua Agama Persekutuan dan juga kepada negeri-negeri Melayu yang lain. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah payung yang menaungi seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
``Kita tidak boleh pisahkan urusan kenegaraan di antara institusi raja dengan Perlembagaan Negara. Ia sangat berkait rapat di antara satu sama lain. Kemakmuran dan kerukunan bermasyarakat terbentuk selagi kita menghormati latar belakang ini,'' katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan di lobi Parlimen di sini.
[From http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm]
Latest
Tuesday, May 6, 2008
Karpal langgar ketertiban pembentukan negara - Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment