CYBERJAYA 8 April – Kuasa ‘veto’ Astro yang mengenakan caj ‘tersembunyi’ kepada 2.3 juta pelanggannya akan dikawal oleh kerajaan apabila stesen berbayar itu dikehendaki beroperasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menjelang akhir tahun ini.
Serentak itu, Astro turut diarahkan oleh kerajaan supaya tidak menambah lagi bilangan saluran sedia ada sehingga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berpuas hati dengan usaha-usaha penambahbaikan yang dibuat.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Astro yang diberikan lesen operasi pada 1997 perlu patuh kepada arahan kerajaan supaya berhijrah ke akta baru.
Menurutnya, ketika diberikan lesen, Astro beroperasi di bawah Akta Penyiaran dan Akta Telekom dengan kedua-duanya sudah dimansuhkan tetapi lesen mereka masih terletak di bawah Akta Komunikasi Multimedia 1998.
‘‘Ada banyak dakwaan mengatakan pakej yang Astro beri seolah-olah macam ‘bufet’, dia beri 10 hingga 15 siaran dan ada saluran yang kita tidak mahu tetapi pelanggan tidak diberi pilihan untuk menolaknya.
‘‘Walaupun ini merupakan sebahagian daripada pakej dan Astro kata tiada kos dikenakan, namun saya percaya memang ada kos dikenakan.
[More at http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka%5FHadapan&pg=mh_05.htm]
Latest
Tuesday, April 8, 2008
Kuasa ‘veto’ Astro tamat akhir tahun - Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment