Latest

Tuesday, April 15, 2008

Media alternatif perlu bertanggungjawab - Shabery - Utusan

KUALA LUMPUR 15 April — Orang ramai tidak boleh beranggapan bahawa media alternatif kebal daripada tindakan undang-undang, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Beliau berkata sungguhpun orang ramai ada hak untuk menulis apa sahaja secara dalam talian seperti penulis blog, kerajaan juga ada hak untuk membela orang lain daripada penulisan yang tidak benar dan memfitnah.

“Orang anggap media alternatif boleh lakukan apa sahaja. Ini tidak benar.

Baru-baru ini ada kes terhadap sesetengah penulis blog ini.

“Walaupun hak menulis apa sahaja ada pada semua, kita juga masih ada hak mempertahankan orang yang dimalukan dengan kata-kata yang tidak betul,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fellowship Kewartawanan Antarabangsa Pertama yang dianjurkan Institut Akhbar Malaysia (MPI) di University Malaya (UM) di sini.

Beliau menambah bahawa dengan adanya teknologi hari ini, forensik siber boleh dikesan dan dikenalpasti penulis atau yang memfitnah dalam talian walaupun mereka menggunakan Internet atau nama lain sebagai pelindung.

Mengenai media alternatif lebih popular di kalangan orang ramai yang ragu-ragu berbanding dengan media tradisi seperti surat khabar dan televisyen, Shabery berkata media tradisi hendaklah membina reputasi dan kredibiliti mereka.

[More at http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm]

No comments: