Latest

Tuesday, April 15, 2008

UMNO-Pas-PKR akan bincang pertahan hak Melayu - Utusan

Oleh Arshad Khan

KUALA LUMPUR 15 April - Satu perbincangan tidak rasmi melibatkan tiga parti terbesar mewakili kaum Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diadakan bagi memperhalusi cadangan permuafakatan untuk mempertahankan hak serta hala tuju orang Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, beliau sendiri akan mengambil langkah permulaan untuk mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin pembangkang bagi menghalusi cadangan permuafakatan kaum Melayu.

Katanya, kesanggupan semua parti secara dasarnya untuk bermuafakat adalah langkah pertama yang harus disusuli dengan pertemuan untuk bertukar-tukar pendapat.

Langkah itu ujarnya, amat perlu untuk mengenal pasti asas penting sebelum menganjurkan sebarang cadangan ke peringkat yang lebih tinggi di pihak masing-masing.

"Permuafakatan merupakan satu cabaran kepada kita orang Melayu dan ini bukan satu usaha yang mudah dalam memastikan matlamat itu tercapai.

"Namun usaha kolektif pemimpin UMNO, Pas dan PKR adalah perlu agar tamadun orang Melayu dapat berkembang sealiran dengan tamadun bangsa lain di dunia," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

[More at http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm]

No comments: