Latest

Friday, April 11, 2008

WPI kini Iskandar Malaysia - Utusan

JOHOR BAHRU 11 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pertukaran nama dan logo Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) kepada Iskandar Malaysia.

Menurutnya, Iskandar dipilih sempena nama Sultan Johor dan penggunaannya berkuat kuasa serta-merta.

‘‘Bermula sekarang ia bukan lagi WPI tetapi Iskandar Malaysia,” katanya selepas mempengerusikan Mes- yuarat Keempat Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguan Iskandar (IRDA) di sini hari ini.

Beliau berkata, nama baru itu akan memudahkan lagi sebutannya di kalangan pelabur terutama rakyat asing berbanding sebutan lama.

‘‘Ia lebih baik lagi kerana jika WPI, orang tertanya-tanya apa itu WPI, tetapi Iskandar tentu tidak akan timbul lagi persoalannya,” katanya.

Iskandar Malaysia merupakan pusat pertumbuhan ekonomi mega di atas kawasan seluas 2,217 kilometer persegi di selatan Johor dan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 4 November 2006.

Projek berharga RM47 bilion itu bakal direalisasikan oleh Khazanah Nasional Berhad yang dilantik oleh kerajaan bagi membangunkan Iskandar Malaysia sehingga tahun 2025.

[From http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka%5FHadapan&pg=mh_06.htm]

No comments: