Latest

Thursday, April 17, 2008

Jangan politikkan titah Tengku Faris - Utusan

KOTA BHARU 17 April - Pelbagai pihak di negeri ini termasuk Dewan Pemuda Pas Kelantan meminta semua pihak tidak mempolitikkan titah ucapan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dengan cuba memainkan isu perkauman.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Zaki Ibrahim berkata, dengan menggambarkan titah ucapan itu sebagai 'perosak' ia merupakan suatu kenyataan yang menghina institusi raja dan sewajarnya mereka yang mengungkapkan perkataan itu perlu memohon maaf.

Beliau menyifatkan tanggapan bahawa titah ucapan itu yang mengajak kaum Melayu berpadu semula demi masa depan bangsa dan negara tidak memberi faedah kepada masyarakat berbilang kaum serta boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian kaum, adalah keterlaluan.

''Sedangkan titah ucapan baginda merupakan nasihat dan teguran daripada istana untuk menyedarkan orang Melayu supaya bersatu dan bukan bermaksud meminggirkan kepentingan dan hak kaum lain," katanya di sini hari ini.

Tuntutan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dilaporkan berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Tengku Mahkota mengenai tuntutan hak sama rata untuk kaum bukan Melayu.

Menurut Ka Ting, titah ucapan Tengku Mahkota sewaktu perasmian perhimpunan Perpaduan Melayu Sabtu lalu akan memusnahkan perpaduan dan keharmonian kaum selain tidak memberi faedah kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

[More at http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka%5FHadapan&pg=mh_07.htm]

No comments: