MELAKA 7 April - Keghairahan pelancong yang ingin merasai sendiri pengalaman menaiki Menara Taming Sari, di sini yang sepatutnya beroperasi hari ini, hampa selepas mereka tidak dibenarkan menaiki menara tersebut oleh pihak pengurusan terbabit.
Rata-rata mereka yang terdiri daripada pelancong tempatan dan sebahagiannya pelancong asing jelas kecewa apabila hasrat untuk menaiki menara tersebut buat pertama kali tidak kesampaian.
Minggu lalu, pihak pengurusan menara tersebut memaklumkan bahawa menara setinggi 110 meter itu akan mula dibuka kepada orang ramai hari ini selepas beberapa kali tertangguh.
Bagaimanapun, tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai yang menunggu untuk menaiki menara bernilai RM24 juta tersebut hampa apabila ia masih belum beroperasi.
Lebih mengecewakan tiada sebarang tanda menyatakan status menara tersebut sama ada sudah beroperasi atau sebaliknya, kecuali dimaklumkan para petugas di kaunter bayaran bahawa Menara Taming Sari itu belum dibuka.
[More at http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0408&pub=utusan_malaysia&sec=selatan&pg=ws_06.htm]
Latest
Monday, April 7, 2008
Pelancong hampa Menara Taming Sari belum beroperasi - Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment